Salam semua,
Beberapa perkembangan terkini :
1) IELTS results poyo – tak lepas band yg dikehendaki oleh Sheffield. Tapi, kementerian dah turunkan band IELTS yg jadi syarat utk sambung belajar kepada 6.0. So, I lepas laa. Anyway, mmg tak sempat kalau nak pergi jugak dalam masa 5 hari – visa, JPA, KPT, pendaftar. Erkk..
2) Camanapun, University of Southampton terima band results IELTS I tu. Sekarang tgh dalam proses tunggu offer letter drpd depa. Tapi.. Prof yg nak jadi supervisor I tu nampak rock lah.. camana ek? Ada juga khabar yang cost of living di Southampton tu tinggi. Habis.. camana ngan impian I yg nak bawa balik Merc utk my father?
3) So, dengan cadangan drpd boss I, I minta juga ke University of Sheffield; tapi kat Information Studies Dept (last time ialah Comp Sc dept). Bidang – Cheminformatics. Just try my luck la.. I tak de proposal pun and also don’t have any research experience in that field. Tunggu je camana..
4) Puasa setakat hari ke-4 ni rasa okay la.
Anyway, rutinnya.. I akan bangun 4.30 am, panaskan lauk utk org rumah, buat air teh, kejutkan people yg susah nak bangun, makan sahur, pastu meratah lauk sampai azan. Bila dah azan, I akan kacau baby yg tengah tidur beberapa round, pastu mandi, seterika baju kerja & solat Subuh. After solat, baca Ma’thurat. Hopefully semua dipermudahkan Allah – proses nak pergi cuti belajar hingga selesai dapat PhD. Ustazah I kat sekolah dulu kata amalan baca Ma’thurat mmg boleh mempermudahkan urusan harian. Kalau tahun2x lepas I join jugak group tadarus masa lunch. Tapi this year, belum lagi setakat hari ke-4 ni. Hmm..
Tapi yg seronoknya, mmg datang awal kat kerja masa Ramadhan – hopefully berterusanlah sampai bila-bila. Pastu, petang I akan ambil Hazeeq kat tadika and bawa dia beli lauk kat pasar Ramadhan yg berdekatan. Then, kitorang akan buka posa; and pastu solat Maghrib, mandi and Isyak. Around 10 pm, masuk tido.
5) Semester ni I mengajar Sistem Maklumat Berelektronik. Banyak juga pengetahuan I bertambah. Seronok! I cuma hairan.. camana ada sesetengah org yg boleh cope dgn semua jargon dlm IT, since technologies moving rapidly. Then my friend kata I should try Digg & Slashdot. Hmm.. jadi, setiap hari I kena update diri I dgn :
a. Berita semasa local & international- www.bharian.com
b. Current IT news for nerds – slashdot.org
c. Check e-mail & appointments – Outlook
d. Diigo any relevant/interesting web pages – www.diigo.com
e. Blog anything necessary
6) I mmg tak boleh hidup tanpa Nokia! Last month baru je beli Motorola L6. Lawa konon.. tapi setakat itu jelah kot. Tiap-tiap malam termimpikan Nokia flip. So, last week I habiskan duit beli Nokia 6131 .. geram! Best betul.. barulah hari-hari lepas tu rasa tenang sikit
. I rasa Nokia ni mmg best dari human interface dier.. tak susah nak cari something inside the phone. Yg paling cekai pun model dia mesti able utk letak notes and reminder yg mudah digunakan. Motorola ada reminder-tapi x blh edit & x blh delete? Eee.. itulah last time I akan pakai Motorola rasanya ..
7) Personally I rasa hidup I semakin baik. Emosi semakin tenteram – walaupun selau gak menangis mengenangkan akan tinggalkan Malaysia for some time. Nasib baik bawak Hazeeq.
Lastly, this week is the last week that I will be teaching before pursuing my studies. Next 2 weeks, akan sibukkan diri dgn preparation IELTS -jika kena ambil semula. Kalau tak payah ambil, then I akan sibukkan diri dgn marking assignments & buat web site jabatan. Habiskan kerja-kerja berbaki sebelum cuti belajar.
I think I want to stop here. Will get back to you soon for updates!
Luv,
shereen