Salam,
Ni cuma satu entri yang lahir dari seorang insan biasa, seorang warga Malaysia dari kelas ekonomi sederhana.. tidak berniat untuk memperlekehkan kewibawaan kepimpinan kerajaan Malaysia, sekadar mengharapkan satu pembaharuan yang menyeluruh daripada segenap lapisan masyarakat. Harapnya adalah pak menteri atau pegawai berwajib yang suaranya akan lebih didengar oleh pihak atasan yang terbaca entri ni.. atau sekurang-kurangnya menyentuh hati seorang warga Malaysia yang prihatin dan bbertindak memainkan peranan bermula dari dirinya sendiri
I first came to UK on 15th January 2007. Beberapa hari saja lagi akan memasuki angka genap setahun. Saban hari I mengikuti perkembangan di Malaysia dari akhbar online ataupun siaran berita TV3. I realise kedatangan I ke bumi UK ni atas kepercayaan dan amanah negara tercinta, menggunakan wang rakyat yang telah membayar pelbagai cukai kepada kerajaan. Sebagaimana rakyat lain, dah tentu I juga berharap pelajar Malaysia yang lain akan sentiasa ingat bahawa mereka perlu pulang ke MY untuk melunaskan tanggungjawab dan janji yang telah termeterai.. bukan sahaja ini antara kita dan Tuhan, tapi sebenarnya lebih kepada rakyat MY sendiri. Sedangkan dengan Tuhan yang Maha Pengampun lagi kita berdosa, inikan pula jika berhutang dengan manusia yang pelbagai ragamnya.
Bagaimanapun.. trend kebelakangan ini di mana ribuan pelajar Malaysia yang enggan pulang ke tanahair untuk berkhidmat setelah menghabiskan pengajian menjadikan I tertanya-tanya di mana silapnya. Pada mulanya I beranggapan bahawa mereka ini hanya manusia biasa yang ada pelbagai alasan sendiri untuk menghalalkan cara. Dan seboleh mungkin I tak mahu jadi sebahagian dari rakyat UK kerana I begitu cintakan MY.. dan tak sanggup rasanya untuk menerima habuan dan pandangan serong rakyat mereka seolah-olah kita pengemis yang menumpang senang di bawah bumbung negara orang. Ini berkenaan harga diri negara sebenarnya, takkanlah kita sebegitu daif seperti negara yang dilanda natural disaster.. kemarau dan banjir taufan ataupun gempa bumi kerana alhamdulillah setakat ini, kita terlindung daripada petaka begitu besar dan kaya pula dengan sumber semulajadinya. Dan MY juga bebas dari peperangan, kecuali sedikit kekalutan politik yang memperbesarkan isu yang sebenarnya terjadi di mana sahaja di ceruk bumi ini untuk kepentingan masyarakat tertentu dengan motif yang jahat – isu racist. Di mana sahaja perkara ini menjadi lumrah.. hata di bumi Uk sendiri – tentu tak dapat kita nafikan yang setiap manusia lebih selesa dengan dan ‘orang’ mereka sendiri yang akhirnya akan membentuk kelompok budaya berdasarkan pelbagai tingkat keselesaan. Contohnya, British lebih selesa dgn EU people jika dibandingkan dengan Asians kerana pertindihan beberapa aspek mereka dalam budaya.. tapi lebih selesa dgn British juga jika dibandingkan British dengan EU people dan seterusnya. Tapi di MY pada hemat I, tidaklah sampai ke tahap masyarakat majoriti menafikan hak untuk hidup kaum lain. Malah begitu bangga sekali untuk menyatakan bahawa kita sama-sama meraikan perayaan besar setiap kaum dengan pelbagai sambutan dan cuti tahunan, tidak seperti di UK yang hanya ada Christmas Day sahaja(dan kononnya bumi ini tidak racist langsung, jika itulah ukurannya).
TAPI, pelbagai isu kebelakangan ini sungguh menyesakkan benak I. Sebentar tadi my husband baru sahaja balik bertandang ke rumah kawan yang kawannya pula datang beratndang dari MY dengan tujuan yang satu – mencari peluang untuk berhijrah ke UK!! Ohh.. begitu sesakkah keadaan di MY sehingga ada yang bertindak sedemikian? Tidak layak rasanya I mengkritik sesiapapun secara peribadi di sini.. tapi jika tiada angin, masakan pokok akan bergoyang? Dan sahabat ni bukanlah calang-calang orangnya.. seorang kontraktor yang punya perniagaan sendiri dan mempunyai sebuah pusat jualan kereta jenama mewah BMW. I sendiri malam ini tidak lena tidur memikirkan persoalan ini.. dan kemudian terbaca pula laman Utusan Malaysia tentang berita terkini yang menambah lagi kekusutan ini..
1. Malaysia negara Islam berjaya
Ohh… kalaulah benar pernyataan ini dalam segala genap pelusuknya.. alhamdulillah! Tak dinafikan rasa heaven sangat di MY, segala ceruk ada saja masjid dan tempat solat untuk Muslim. Pakaian Muslim tidak dilihat asing.. apa jenis perayaan pun tidak menjadi begitu pelik hingga Muslim boleh solat di atas jalanraya sekalipun waktu setiap Jumaat dan Hindu akan diberi laluan untuk conquer jalanraya bila jangka waktu perayaan mereka tiba. Begitu memahami, tapi apa juga jenis agama yang menyesatkan akan dikekang pihak berkuasa hata tiada kejadian pelik seperti misteri Ms Elizabeth Smarts di US dan pembunuhan ala sacrifice/pemujaan. Ramai kawan di sini dari negara Islam lain di sini juga memandang tinggi keharmonian yang MY nikmati(tapi non-Muslim tak peduli sangat sebab mereka tak appreciate apa yg kita nikmati di MY).
Tapi apa cerita?.. kerana kawan yang baru datang bertandang tadi melontarkan kegawatan biasa yang dia sendiri alami sebagai kontraktor yang berurusan dgn pelbagai agensi kerajaan. Pengalaman mendapatkan tender membekalkan meja di Majlis Agama Islam WP, seorang pak haji dgn kopiah di atas kepala minta RM7K di bawah meja untuk pastikan tender tersebut dimiliki. Hmm.. no wonderlah byk saja kejadian paip pecah.. banjir dari bumbung bangunan kerajaan.. lebuhraya hampir runtuh dsb
Hai.. kalaulah mungkin kita mulakan dgn diri kita sendiri.. bersikap teluslah.. jauhi rasuah dalam pelbagai segi. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sebagai penghargaan dan selebihnya kita mohon kebaikan itu akan sampai pula ke segenap keturunan kita dlm bentuk keselamatan, keharmonian dsb.
2 . Pemenang peraduan tertipu siasat sendiri
Dah pernah baca tak cerita ni? Dua daripada tiga orang pemenang peraduan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia ditipu seorg lelaki sebagai RM3,10o. Hadiah kemenangan mereka ialah pakej tunaikan haji. Lelaki yg menipu tu kata bayar RM3,100 je lagi untuk bawa seorg lai rakan tunaikan haji bersama mereka. Yang manusia-manusia mulia ni pun berilah duit tu simply selepas lelaki tu beri nama, no akaun dan no IC. Iyelah, mungkin kita terfikir.. macamana pulak orang lain tahu no phone pemenang kalau mereka ni tak kena mengena dgn penganjuran peraduan tu, kan? Bila laporan polis dibuat, depa tunggu saja tindakan polis yang sehingga hari ni tiada khabar berita. Tup tup.. hari ni salah seorang mangsa dapat trace alamat penipu tu simply juga dgn masukkan no IC yang mereka sendiri beri kpd polis. Sebenarnya penipu tu bukanlah cerdik sgt dgn tinggalkan jejak sebegitu mudah hatta yg tak certified pun boleh jadi penyiasat. Tapi apa cerita pulak dgn badan yang dah certified utk jalankan penyiasatan ek?
Fed-up sungguh dgn anggota polis yang tak de inisiatif nak memajukan diri sendiri. Sudahlah tekenal dgn makan rasuah.. buat kerja pun acuh tak acuh je. Syabas kpd Ketua Polis Negara dan pelbagai pihak yg berusaha nak pulihkan imej polis, tapi kalau anggota polis tu sendiri yg tiada kesedaran.. susah nak kata. Tak keterlaluan rasanya kalau kenyataan ni saya keluarkan berdasarkan pengalaman sendiri.. selagi kes tak libatkan mati dgn seluruh gesaan masyarakat meminta tindakan.. selagi itulah tiada tindakan
Kalau satu masa dulu orang kata, selagi tak libatkan dato’ dan VVIPs, selagi tulah tiada reaksi.. tapi sekarang pun nampak makin teruk.. sedang kes yg berprofil tinggi pun begitu celaru sekali bila diajukan bahan bukti di mahkamah. Isk! Yang terpikir di kepala ni.. bukti diada-adakan dgn pelbagai peringkat disuap pelbagai pihak yg menjaga periuk nasi masing2x.. isk.. isk..
3. Kes kehilangan kanak-kanak lagi
Tak guna rasanya menuding jari ke mana-mana pihak. Ibubapa mangsa sendiri pun pasti menyesal tak sudah dgn kejadian yg menimpa. PM dan VIP lain turut menghulurkan simpati. But please.. masyarakat kena aware dgn transformation budaya dan persekitaran yang pantas. Kalau dulu kita percaya anak kita bebas bermain kerana semua orang kampung kenal ’siapa anak siapa’, tapi kini begitu ramai org asing di sekeliling yang tak tahu dari mana asal usul keturunannya. Parents, hendak atau tidak.. make sure anak tu dihantar ke tempat yg ada org yang boleh dipertanggungjawabkan dgn kewujudan anak tu. Kalau di sekolah.. kena hantar/jemput sampai ke kelas yang ada cikgu dgn gate besar sekolah diawasi oleh pengawal keselamatan yg pastikan tiada kejadian melarikan kanak-kanak dlm kawasan sekolah. Kalau ke rumah kawan anak.. kena hantar sampai rumah kawan tu dan aturkan dgn parents anak kawan tu pula bila masa nak jemput atau hantar anak tersebut. Dan kalau terjumpa anak yang berkeliaran di tepi jalan tanpa pengawasan.. kena alert dan hantar semula anak tu balik ke rumahnya. Tapi masyarakat yg tak biasa lagi dgn budaya camni mesti rasa tersinggung konon kita pula yg cuba mengajar mereka. But really.. some young parents need to be told by elders and hopefully this kind of education can be spread and continue to be part of our new culture.
4. Peningkatan kos sara hidup
Makin naik gaji kakitangan kerajaan.. ada saja kenaikan harga barang. Tak cukup dgn harga brg.. disorok pula barang keperluan. Dari tepung.. gula.. minyak.. beras. Lemas rasanya.. sebagai pengguna, kita menjadi mangsa yang ditekan dan diancam pula dgn pelbagai helah.. roti canai akan pupuslah.. dsb. Setakat mana method pengawalan harga brg berkesan dan melindungi rakyat? Sedang FELDA sendiri gagal dlm kes menipu peneroka dalam mengatur kos yg perlu dibayar kepada peneroka.. dan yang mereka tipu ni buka golongan berduit.. tapi mereka yg terpaksa berjerih bawah matahari dan hujan untuk mencari sesuap nasi!
Sekolah pula minta pelbagai jenis yuran setiap kali buka persekolahan. Lain kawasan lain pula angka yang diminta. Bila rakyat mengeluh dan kerajaan campur tangan.. barulah sekolah akur yang yuran tersebut bukanlah wajib dan mengikut kemampuan keluarga. Well, baguslah kerajaan pun prihatin dan campur tangan.
Harga minyak akan naik lepas pilihanraya, kononnya. Tol perlu dibayar.. tapi herannya.. jalan masih juga sesak. Sesak dgn pengguna, maknanya banyaklah jumlah kutipannya. Tapi saban tahun, tetap dinaikkan juga. Macam hutang kad kredit pula.. tak pernah putus kecuali kita mampu bayar sekaligus.
Kesimpulan
Sebagai pengakhir kata.. entri ni hanya untuk melepaskan lelah di dada. Tak berniat menyinggung atau mengajar sesiapa. Hanya satu ingatan peribadi kepada diri sendiri dan pembaca yang prihatin. Jangan kata I sempurna.. as human, takkan mungkin akan sempurna. I sendiri pernah hilang anak.. pernah diculik beberapa jam.. pernah ambil tak tahu dgn keadaan sekitar(tapi tak pernah sekali mengambil rasuah dlm apa segi sekali pun)… bla.. bla.. Tapi sempena tahun hijrah baru ini, mungkin kita sama-sama perlu mengubah diri. Apa sahaja yang berkaitan dgn amanah.. terutamanya bentuk material seperti wang.. perlu diambil serius. Kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dan segala kebaikan yang kita lakukan tu akan kembali semula kpd kita atau keturunan dalam pelbagai bentuk yang tak terbilang.
Sekian, wassalam.
Yang belum tidur lagi di Sheffield hari ni,
~shereen
1.21 am